NENEK MATI DILANGGAR BECA????

Situasi sebenar 
Seorang nenek pergi ke kedai membeli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu meninggal di tempat kejadian.
Buletin Utama : "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari." 
Harian Metro : "Hangat! Nenek meninggal dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia : " Nenek meninggal dilanggar beca satu propaganda pembangkang."
Harakah : "Kami tiada beca."
MalaysiaKini : "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend : "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Blog Melayu paranoid : "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek meninggal dilanggar beca."
Ibrahim Ali : " Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu meninggal dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 
Pancaindera : "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 
Mastika : "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu : "Beca tak bayar tol dicari!" 
entri ini sekadar suka-suka sahaja.lumrah kehidupan.tiada kena mengena dengan mana-mana pihak. :D